tabung
pendidikan myaqsa

faq

1. Berapa Lamakah Tempoh Tabung Ini Dibuka?

Tabung AQSAKU / MyAQSA Fund ini hanya dibuka bermula 15 Mei 2021 sehingga 11 Jun 2021 (30 Syawal 1442H) sahaja. Pihak yang ingin menyalurkan sumbangan dana boleh berbuat demikian dalam tempoh tersebut. Apabila Tabung ini ditutup, pihak kami tidak akan menerima lagi sebarang sumbangan.

 

2. Ke Manakah Sumbangan Ini Disalurkan?

Dana yang terkumpul ini akan disalurkan kepada pihak berwajib yang menjaga dan mentadbir Masjidil Aqsa dan pihak berwajib yang menjaga masyarakat Baitulmaqdis secara terus dimana mereka yang memerlukannya dan benar-benar mendesak kepada bantuan akan mendapat manfaat.

 

3. Siapakah pihak berwajib dan organisasi manakah yang MyAQSA berurusan?

Pihak kami bekerjasama dengan Jabatan Wakaf Baitulmaqdis & Hal Ehwal Masjidil Aqsa yang merupakan satu-satunya badan pentadbir/pengurus Masjidil Aqsa, Majlis Tertinggi Islam Baitulmaqdis dan juga pihak Gabenor Baitulmaqdis bagi memastikan dana ini terus disalurkan kepada pihak mereka yang disasarkan.

 

4. Bagaimanakan dapat dipastikan yang sumbangan diterima oleh sasaran?

Pihak kami akan kemukakan bukti penerimaan dan penyaluran sumbangan secara rasmi kepada para penyumbang yang mengkendakinya.

 

5. Berapakah caj pengurusan atau apa-apa caj yang dikenakan oleh pihak Yayasan MyAQSA hasil daripada kutipan tabung ini?

Kesemua hasil sumbangan yang disalurkan menerusi Tabung AQSAKU akan disalurkan secara 100% kepada pihak penerima di Masjidil Aqsa dan Baitulmaqdis. Oleh yang demikian, pihak Yayasan MyAQSA tidak mengenakan apa-apa caj secara terang-terangan mahupun secara tersembunyi terhadap hasil kutipan tabung ini. Bahkan, kos-kos dan caj penyaluran dana kepada penerima akan ditanggung sendiri oleh pihak MyAQSA.

 

6. Berapakah minima jumlah sumbangan yang boleh dilakukan?

Tiada jumlah minima ataupun maksima yang ditetapkan untuk Tabung AQSAKU. Orang ramai dan mana-mana organisasi boleh menyumbang seikhlas hati bagi membantu Masjidil Aqsa dan masyarakat Baitulmaqdis.

 

7. Bagaimana orang ramai boleh menyalurkan sumbangan?

Orang ramai atau mana-mana organisasi boleh menyalurkan sumbangan menerusi saluran Payment Gateway Billplz (https://www.billplz.com/MyAQSAFund) atau menerusi Cheque/Deposit Tunai/Online Transfer kepada akaun Yayasan MyAQSA (CIMB: 8603464258) dengan rujukan – “MyAQSA Fund” @ “Tabung ASQSAKU”

 

8. Dengan siapa kami boleh berhubung sekiranya mempunyai apa-apa pertanyaan?

Anda boleh berhubung dengan kami secara terus melalui aplikasi Facebook (fb.com/MyAQSAOfficial), emel (contact.myaqsa@gmail.com) atau menerusi aplikasi Whatsapp ditalian +6017-8474990 (https://MyAQSAFund.wasap.my)